Pemberian hadiah
Snapchatter boleh menunjukkan kasih sayang mereka kepada Bintang Snap mereka dengan menghantar mereka Hadiah.
Hadiah dihantar melalui Balasan Cerita, membuatkannya mudah untuk peminat berhubung dengan Bintang Snap kegemaran mereka, dan untuk Bintang Snap membina hubungan yang lebih mendalam dengan peminat mereka. Bintang Snap memperoleh sebahagian hasil dari Hadiah yang diterima melalui Balasan Cerita.
Bagaimana Caranya
Snapchatter boleh membeli Token Snap, yang kemudiannya digunakan untuk menghantar Hadiah maya apabila mereka melihat Snap yang memberi kegembiraan kepada hari mereka.
Menerima Hadiah boleh menghasilkan Anugerah Kristal untuk Pencipta yang layak. Kristal adalah bagaimana Pencipta menerima bayaran, jadi lebih besar Hadiah bermakna lebih besar bayarannya! Pencipta boleh menunaikan Kristal mereka untuk USD sebaik sahaja minimum tertentu di penuhi.
Snapchatter akan diberitahu apabila Hadiah mereka telah dibuka. Bintang Snap boleh memilih untuk membalas balik atau memetik peminat mereka di dalam Snap (mereka yang menghantar Hadiah akan diberi keutamaan di dalam suapan Balasan Cerita Pencipta).
Ini adalah cara yang baik untuk memulakan perbualan dengan penyokong terbaik anda. Ia juga satu peluang yang besar untuk menunjukkan bagaimana setia pelanggan anda kepada komuniti, jadi libatkan peminat terbesar anda dan hujani meerka dengan kesyukuran.
Kelayakan
Umur 16 + tahun Bintang Snap di dalam negara yang layak boleh menerima anugerah melalui Pemberian Hadiah.