Mari kita mulakan!

Kami mempunyai semua yang anda perlu tahu untuk Snap seperti seorang profesional.

Snapchat image that represents the basics

Ciptakan satu akaun Snapchat

Ketahui cara memuat turun aplikasi Snapchat dan mencipta satu nama pengguna Snapchat. Selepas anda mencipta akaun anda, lihat video ini untuk mengetahui tentang bahagian penting Snapchat.


Keselamatan akaun anda adalah penting bagi kami. Semak petua ini tentang cara kekal selamat di Snapchat dan cara mendayakan pengesahan dua faktor.

Bina Profil Awam anda

Satu Profil Awam memberi anda rumah tetap di Snapchat di mana anda boleh ditemui secara awam, mempamerkan kreativiti anda dan mengembangkan audiens anda.

Untuk mengakses Profil Awam anda, hanya ketik Bitmoji anda di penjuru kiri sebelah atas skrin dan pilih "Profil Awam Saya. ” Pastikan anda memasukkan satu foto profil, foto latar belakang, bio dan lokasi.

Jangan lupa untuk menambah nama pengguna dan/atau URL akaun Snapchat anda pada saluran sosial anda yang lain untuk membantu peminat anda menemui anda.

Snap UI image of a creator getting ready to post

Anda sudah bersedia untuk membuat siaran!

Terdapat banyak cara untuk berkongsi kandungan anda di Snapchat, sama ada dengan seorang rakan, grup terpilih, atau komuniti Snapchat yang lebih luas. Semua kandungan yang dikongsi di Snapchat mesti mematuhi Garis Panduan Komuniti dan Garis Panduan Kandungan Snapchat.

Snap UI image showing how to post to your friends story

Cerita Saya · Kawan

Snap yang disiarkan pada Cerita Saya · Kawan anda hanya akan kelihatan kepada Snapchatter yang anda berkawan (orang yang telah anda tambah sebelumnya). Rakan anda boleh melihat Cerita anda tanpa had kali selama 24 jam. Ketahui lebih lanjut tentang cara menyiarkan cerita anda.

Snap UI image showing how to post to your public story

Cerita Saya · Awam

Cerita Saya awam anda ialah cara anda berkongsi kandungan dengan pengikut anda dan komuniti Snapchat yang lebih luas. Pengikut anda akan melihat Cerita yang disiarkan ke Cerita Saya · Awam anda dalam bahagian 'Mengikuti' halaman Cerita. Sesiapa sahaja yang melihat profil anda juga boleh melihat Cerita awam aktif anda.

Jika anda seorang pencipta yang telah mewujudkan audiens luas di Snap, Cerita awam anda boleh disyorkan kepada Komuniti dalam Terokai.

Cerita Saya awam anda boleh didapati sebagai satu pilihan penyiaran bertajuk Cerita Saya · Awam dalam skrin 'Hantar Kepada'.

Tumpuan

Tumpuan ialah cara terbaik untuk pencipta mendapat pendedahan kepada komuniti Snapchat yang lebih luas.

Hal ini mempamerkan Snap yang paling menghiburkan, tidak kira siapa yang menciptanya atau berapa ramai pengikut yang anda miliki.

Ketahui lebih lanjut tentang cara menyerahkan satu Tumpuan.

Anda juga boleh melihat dan memuat naik kandungan Tumpuan di web! Pergi ke www.snapchat.com/spotlight untuk menyemaknya.

UI image of Snap Map

Peta Snap

Peta yang dibina khas untuk anda, rakan anda dan menerokai dunia di sekeliling anda. Sebagai seorang pencipta, anda boleh meluaskan jangkauan anda dengan menandakan lokasi dalam video Snaps dan Sorotan anda. Leret ke kanan dua kali daripada skrin Kamera untuk membuka Peta Snap.

Jika anda mempunyai satu Profil Awam, anda boleh memilih untuk menyerahkan Snap pada Peta Snap secara awanama atau dengan nama anda dilampirkan. Ketahui lebih lanjut tentang cara menyerahkan pada Peta Snap.

Snapchat image that represents a Snap Star profile

Jadilah seorang Bintang Snap

Bintang Snap ialah tokoh awam atau pencipta yang membawa beberapa kandungan terbaik dan paling menghiburkan ke Snapchat. Melalui perspektif unik mereka, Bintang Snap memberikan audiens mereka akses yang belum pernah terjadi sebelumnya ke dalam kehidupan dan minat mereka.

Bintang Snap layak untuk menampilkan kandungan mereka dalam Snapchat. Ketahui lebih lanjut tentang cara memohon menjadi seorang Bintang Snap.

Create on Snapchat