Asas Snapchat
Apakah Snapchat?
Snapchat adalah aplikasi kamera yang dibuat untuk rakan sejati. Ia adalah sebuah platform untuk mengekspresi diri anda melalui realiti tertambah, berseronok dengan rakan-rakan dan keluarga anda, dan berkongsi kreativiti anda dengan dunia.
  • Snapchat mempunyai lebih daripada 293 juta pengguna aktif harian di seluruh dunia—Snapchat mencapai 90% daripada umur 13–24 dan 75% daripada umur 13–34 di A.S., U.K., Perancis, Australia, dan negeri Belanda.
  • Lebih dariapda 200 juta Snapchatter terlibat dalam realiti tertambah setiap hari secara purata.
  • Jadikan konsep anda pop dengan menambah Lenses AR, Penapis, dan alatan kreatif lain untuk video dan gambar anda
  • Tapak web kami menyediakan inspirasi, tip dan muslihat, dan bagaimana cara untuk membangunkan kerjaya anda sebagai Pencipa Snapchat
Body Image
Mencipta Akaun
Muat turun dan buka aplikasi Snapchat dan daftar menggunakan nombor telefon atau alamat emel. Ikuti beberapa ingatan segera, dan anda sudah bersedia.
Tip pro: Pilih nama pengguna yang mudah untuk Snapchatter mencari anda. Apabila memasukkan nama anda, pastikan untuk memilih nama paparan yang mudah dikenali.
Keselamatan Akaun
Tiada yang lebih penting daripada keselamatan komuniti Snapchat. Ciri-ciri kami adalah peribadi secara lalai. Snapchatter memilih maklumat apa yang mereka mahu kongsikan, dan dengan siapa mereka mahu berkongsi.
Cegah akses yang tidak dibenarkan dengan menyediakan ciri-ciri keselamatan tambahan seperti penyahihan dua-faktor. Gunakan penyahihan dua-faktor dalam Profil anda di bawah 'Seting.'