Profil Awam Anda
Semua Snapchatter yang berumur 18 tahun ke atas mempunyai Profil Umum, di mana mereka boleh menunjukkan Snap terbaik mereka secara umum. Di Snapchat, satu akaun tunggal membenarkan anda untuk berkongsi Snap hanya dengan rakan anda, begitu juga membina kehadiran awam dan menjadi seorang pencipta. Berkongsi kandungan secara umum dan membina Profil Umum anda merupakan pilihan.
Ciri-ciri Profil Umum
  • Cerita Umum. Ini adalah Cerita yang aktif selama 24 jam selepas diposkan dan boleh dilihat oleh rakan-rakan dan pengikut anda, serta sesiapa sahaja dalam komuniti Snapchat. Cerita umum anda membolehkan anda membina audiens yang lebih luas dan berbeza daripada Cerita Saya untuk rakan-rakan.
  • Perincian Canggih. Cerita, Tumpuan, Lensa, dan Perincian Audiens membantu anda memahami prestasi Snap anda dan mencipta kandungan yang lebih mengujakan yang disukai oleh Snapchatter lain!
  • Balasan Cerita Umum & Petikan. Berikan komen yang bermakna pada cerita-cerita umum yang anda siarkan melalui Balasan Cerita dan Petikan. Anda boleh menggunakan Balasan Cerita untuk berinteraksi dengan lebih mendalam dengan pengikut dan rakan anda, dan gunakan alat Petikan untuk membuat cerita umum baharu daripada Balasan Cerita kegemaran anda. Anda mempunyai kemampuan untuk mematikan Balasan Cerita pada bila-bila masa dalam seting Profil Umum anda, dan kami memberikan pencipta kawalan ke atas jenis mesej yang mereka terima dengan penapisan kata-kata khas supaya perbualan tetap beradab dan menyeronokkan.
  • Simpan Cerita & Tumpuan ke Profil Anda. Pilihlah cerita umum terbaik anda, Snap Peta, dan Tumpuan untuk disenaraikan secara kekal di Profil Umum anda.
  • Suapan Aktiviti. Dapatkan kemas kini tentang penyertaan Tumpuan anda, urus balasan di Cerita Umum dan Tumpuan, serta banyak lagi!
Suaikan Profil Umum Anda
Profil Umum anda adalah ruang anda untuk menubuhkan kewujudan umum dan memulakan perjalanan anda sebagai pencipta kandungan di Snapchat. Gunakan Profil Umum anda untuk membina hubungan, mendapatkan pengikut, memaparkan kandungan kegemaran anda, dan meluahkan diri. Untuk mengakses Profil Umum anda, hanya ketik Bitmoji anda di sudut kiri atas skrin dan pilih "Profil Umum Saya".
Anda boleh menambah foto profil dan foto muka depan, mencipta biografi, dan menyimpan Cerita dan Tumpuan kegemaran anda secara kekal - atau selama yang anda suka - ke Profil Awam anda. Sebarang Lensa yang anda bina juga akan ditambah ke Profil Umum anda dan anda boleh menguruskan Lensa anda melalui Lensa Saya.
Perlukan bantuan menetapkan Profil Umum anda? Lawati Soalan Lazim Profil Umum untuk maklumat lebih lanjut!
Cipta Cerita yang Disimpan
  1. Navigasi ke ‘Cerita yang Disimpan.’ Dari Bahagian Pengurusan Profil, ketik Profil anda, pergi ke 'Cerita yang Disimpan,' dan ketik "Cipta Cerita Baharu.'
  2. Pilih Snap, gambar, dan video. Ketik butang '+' untuk menambah kandungan baharu kepada Cerita yang Disimpan anda. Anda boleh memilih Snap Umum yang anda pernah kongsi, atau foto dan video terus dari Filem Kamera anda. Apabila anda sudah selesai, ketik 'Import.' Sesebuah Cerita boleh merangkumi sehingga 100 Snap atau 5 minit daripada keseluruhan kandungan - mana-mana yang anda capai dahulu.
  3. Semak dan sunting Cerita anda. Ketik Snap, foto, atau video untuk pratonton keseluruhan Cerita dan lihat bagaimana ia akan nampak kepada audiens anda. Susun semula atau keluarkan kandungan denga mengetik "Sunting" di hujung atas kanan.
  4. Pilih tajuk anda dan foto muka depan. Masukkan tajuk untuk Cerita anda. Untuk memilih foto muka depan, tatal pemilih foto dan pilih imej dari kandungan dalam Cerita yang Disimpan anda. Tajuk dan foto muka depan yang baik akan memberikan peminat anda petunjuk apa yang ada! Apabila anda telah selesai, ketik "Tamat" untuk menerbitkan Cerita anda ke Profil Umum anda.