Garis Panduan Kandungan

Kenapa Kami Mempunyai Garis Panduan Kandungan

Snapchatters datang ke aplikasi kami untuk bercakap dengan rakan-rakan mereka, dihiburkan, dan belajar tentang dunia. Sebenarnya, Snapchat mempunyai lebih daripada 375 juta pengguna aktif setiap hari dan mencapai 90% daripada mereka yang berumur 13–24 tahun dan 75% daripada mereka yang berumur 13 hingga 34 tahun di lebih 20 negara.
Terdapat ramai anak muda.
Di Snap, misi kami adalah untuk mencipta pengalaman terbaik untuk komuniti kami. Kami mahu memberikan mereka satu kandungan yang menghiburkan, bermaklumat, dan pelbagai dan memastikan mereka rasa selamat di platform. Di sinilah di mana Garis Panduan Kandungan memainkan peranan.
Matlamat kami adalah mudah: Kami mahu memastikan Snapchat satu pengalaman yang selamat dan sihat - terumatanya untuk pengguna muda kami. Kami perlu anda untuk membantu melakukannya.

Apakan maknanya ini buat anda

Kami telah mereka garis panduan kami untuk membantu kami mencapai visi kami untuk Snapchat dan melindungi Snapchatters daripada kandungan yang tidak diingini atau tidak sesuai. Tidak kira jenis kandungan yang anda cipta untuk platform, kami berusaha untuk mempunyai dasar yang adil dan konsisten untuk semua orang.
Perkongsian anda adalah sesuatu yang kami hargai. Apabila anda mematuhi garis panduan kami, lebih banyak lagi daripada kandungan anda yang anda akan layak untuk diwangkan dan ditunjukkan kepada audiens kami. Semua orang menang.

Pelanggaran yang biasa dan Cara untuk Mengelakkannya