Bitmoji 3D di dalam Profil

Oleh Pasukan Snap

pada hari Isnin, 02 Ogos 2021 19:00

Bitmoji memberikan Profil Snap wajah baharu, dan dimensi baharu -- dengan Bitmoji 3D di dalam Profil.

Sekarang, Snapchatter boleh mengekspresikan diri mereka dengan cara yang lebih unik, dengan lebih daripada 1,200 gabungan lagak badan, ekspresi muka, gerak isyarat, dan latar belakang untuk dipilih.

Daripada tanda kedamaian dan tangan berdoa, kepada pantai yang indah dan latar belakang cetakan haiwan yang trendi -- Snapchatter sekarang boleh memadan Bitmoji 3D mereka dengan setiap mood mereka.

Snapchatter boleh melihat Bitmoji 3D mereka di Profil Snap, Profil Persahabatan, dan akan mempunyai pilihan untuk berkongsi Bitmoji 3D tersuai mereka dengan rakan-rakan di dalam atau di luar Snapchat.

Belum lagi mempunyai Bitmoji anda? Pergi ke halaman sokongan untuk bermula.

Kembali ke Blog